Teknik "mailing list" merupakan suatu kaedah mengumpulkan alamat e-mail yang terdapat di internet yang kebanyakannya di miliki oleh mereka-mereka yang berpotensi menjadi pelanggan atau pembeli dalam perniagaan secara "on-line".
Alamat e-mail boleh didapati dalam "newsgroup" seperti yahoogroup, googlegroup dan msngroup.Pemilihan e-mail di dalam internet mestilah sesuai dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta umur dan jantina pembelui atau pelanggan. Umpamanya, kepada murid sekolah mustahil atau kurang sesuai ditawarkan produk berkaitan hubungan suami-isteri.Email yang boleh dipilih adalah dari kumpulan perniagaan@yahoogroup dan usahawan@yahoogroup.
Pemilihan penerima e-mail ini amat penting kerana penghantarannya akan dibuat secara automotik. Anda juga boleh mendapatkan "mailing list" ini dengan mengunjungi laman Yahoo!Answers. Satu tempat yang dicadangkan anda kunjungi dan amat baik untuk melihat peluang-peluang pemasaran internet.
TIP-TIP MAILING LIST
1. Bezakan "group" mengikut tahap umur.
2. Jumlah ahli "group" biarlah ramai.
3. Jangan lakukan penjualan pada peringkat awal mesej. Buat kajian minat dan kecenderungan pelanggan dahulu.
4. Gunakan bahasa yang baik semasa menulis informasi yang dihantar. Hormati privasi penerima.
5. Mesej yang dihantar hendaklah berbeza-beza setiap kali dihantar. Jangan guna mesej yang sama dan anda dapat dikesan untuk membuat jualan. Pelanggan akan terus lari.
6. Jangan menghantar dengan kerap. Mungkin sekali dalam seminggu, atau 2 kali dalam sebulan.Anda perlu adakan jadual penghantaran.
7. Pastikan tidak memberi maklumat palsu tentang diri anda.Nyatakan butir-butir peribadi anda dengan benar dan jelas.
8. Turut serta menjadi ahli group yang anda libatkan. Anda boleh menunjukkan kepakaran dalam menyelesaikan masalah.
Anda boleh menyertai beberapa group bagi membesarkan perniagaan di sini!
1/22/2010
MAHIRKAN MAILING LIST
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan