Dalam penulisan blog, promosi blog merupakan faktor paling penting dan kritikal. Ia adalah penentu kejayaan sesebuah blog bagi mendapatkan trafik yang banyak. Blog yang menjana pendapatan bergantung kepada sejauh mana ia dipromosikan.
Promosi blog tidak boleh diabaikan sama sekali. Ibarat anda membuka sebuah kedai, ia perlukan pengiklanan sama ada berupa papan iklan,"banner",notis board dan juga hebahan media lain.Promosi adalah nadi kejayaan untuk membuat duit dengan blog.
Promosi blog berkait rapat dengan trafik. Dua perkara yang perlu difikirkan:
1. Bagaimana menarik trafik ke blog anda?.
2. bagaimana mengekalkan trafik itu?
Menarik trafik bererti memberitahu pengunjung atau pembaca tentang blog anda. Tulis blog dengan amat baik, tetapi tiada pengunjung adalah pekerjaan yang sia-sia. Beberapa tips yang perlu anda ikuti:
1. Isi kandungan yang menarik.
Post entri yang terbaik, segar dan menguja. Pembaca mahukan berita-berita atau informasi yang baru. Ada 2 faktor penentu post yang baik iaitu, mesej atau idea atau intipati yang ingin disampaikan; cara penyampaian dan gaya penulisan yang "simple" serta mudah difahami.; menyediakan bahan terkini dan original.
Kaitkan info blog dengan kehidupan seharian and "be yourself"!. Susunan ayat dan bahasa yang anda gunakan biarlah simple dan mudah difahami. Adunkan unsur-unsur humor. Masukkan juga gambar, video, audio atau animasi yang boleh anda dapatkan daripada YouTube.com, dan juga Blaugh.com yang mengandungi koleksi kartun atau komik.
2. Enjin pencarian (SEO)
Mengoptimumkan blog anda kepada enjin carian (search engine) agar blog anda disenaraikan di kedudukan tertinggi (page rank) atau PR 10 teratas dengan menaip kata kunci(keywords) yang berkait dengan blog anda.
Enjin carian yang boleh anda gunakan adalah seperti:
*Google search
*Yahoo search
*Altavista
*Meta crawler
*AoL.com
*About.com
84% pengguna internet menggunakan "search engine" untuk mencari maklumat di internet. Teknik SEO yang betul akan memastikan blog anda berada di "page rank" tertinggi. Teknik-teknik yang betul dimulakan dengan:
memilih kata kunci (keywords) yang betul dan sering digunakan.
semak dan buat kajian "keywords" melalui Keywords Tool
*Lihat anggaran bilangan kekerapan penggunaan sesuatu perkataan dalam "search engine" dalam masa sebulan.
Perkataan yang kerap digunakan perlulah dimasukkan dalam artikel atau post blog anda. Dapatkan juga link dari blog lain ke blog anda. JANGAN sekali-kali gunakan kaedah menipu! atau "Black Hat SEO".