3/11/2010

BAGAIMANA MENJANA WANG DENGAN BLOG?

Saya berfikir sedalam-dalam dan amat kagum dengan kepelbagaian (multiple) peluang yang disediakan kepada "blogger" untuk menjana wang dari aktiviti "blogging" seperti yang dinyatakan:

1. Program pengiklanan (advertisement).
Barangkali perubahan yang banyak berlaku pada beberapa bulan kebelakangan ini berkaitan dengan pengiklanan yang boleh menjana wang di kalangan pengendali blog (blogger)

Secara umumnya, para "bloggers" biasanya menjana wang melalui contextual ad program daripada Google AdSense. Terdapat juga yang menggunakan Chitika's eMiniMalls;WidgetBucks dan Text Link Ads

Terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai seperti:
Azoogleads, Vibrantmedia, Adbrite, Bidvertiser, Valueclickmedia dan pelbagai lagi yang terdapat di internet. Yang paling penting ialah sentiasa mencari dan mencuba.

2. RSS Advertising.

RSS Feed


Saya mohon memetik sedikit pengertian RSS Advertising dari blog Amzanimokhtar.com tentang perkara ini seperti di bawah:

Kali ini saya ingin berkongsi informasi mengenai kemudahan RSS Feed sebagai salah satu alternatif lain untuk mengiklankan perniagaan atau perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh diiklankan di internet dan ia juga dapat mengelak dari dicemari oleh spam-spam durjana.

Saya ingin mengambil contoh dari syarikat Autodesk Inc. yang menggunakan
SimpleFeed untuk mengiklankan produk mereka. Autodesk Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar software dan servis terbesar dan terkenal untuk design, manufacturing dan pembinaan yang diasaskan oleh John Walker, seorang rakyat Amerika.

Dalam usaha mereka untuk menjayakan strategi ini, mereka telah menggunakan pendekatan RSS Feed dan ia telah terbukti berkesan. Mereka berjaya menarik sebanyak 2% pengguna dengan tawaran perkhidmatan melalui RSS sementara hanya 1.2% sahaja dari tawaran perkhidmatan melalui E-Mail.
Kemudian Autodesk Inc. telah membuat pula tawaran aplikasi percuma untuk software mereka dengan hanya melalui pendaftaran di laman web mereka. Pendekatan melalui RSS telah mendapatkan respon sehingga 12% sementara E-Mail dan pengiklanan di website utama Autodesk mendapatkan kurang dari 1%.
Mari saya terangkan bagaimana keadaan begini boleh berlaku.
Melalui RSS pengguna memilih sendiri RSS mana yang mereka ingin ikuti. Ini yang membuatkan RSS bebas dan bersih dari spam. Perkara ini juga dijamin selamat kerana bukan sebarangan syarikat yang boleh memasukkan iklan mereka ke dalam sebuah RSS tanpa pengetahuan pemilik RSS tersebut. Tentu sebuah syarikat yang membuat RSS khusus untuk produk mereka tidak mungkin mencemari nama baik mereka sendiri dengan menaruh spam dalam RSS mereka.
RSS Feed juga memberikan bantuan bagi apa sahaja jenis perniagaan termasuk yang tidak berhubungan dengan dunia IT untuk membuat RSS. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan RSS atau nak tahu apa sebenarnya RSS ini boleh lah klik di link berikut.
Apa itu RSS?


Disini saya sertakan petikan:
RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Apapun panggilannya, itu tidak penting. Yang lebih utama untuk diketahui adalah, apakah kegunaannya? Bagaimana menggunakannya? Tidak perlu saya memberikan penerangan secara teknikal di sini kerana walaupun saya seorang student sains komputer, saya juga kadang-kadang tidak mahu terlalu teknikal. Cukup dahulu tahu apa kegunaannya.

RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). Ok, cukup di sini sebelum saya terlajak menyentuh teknologi apa yang dia guna. ;)

RSS memang best jika anda menggunakannya. Salah satunya adalah, ia amat berguna bagi anda jika anda banyak buah blog yang perlu anda lawati setiap hari. Katakan anda ada 20 buah blog yang selalu dibaca, maka mungkin sebelum ini anda perlu menaip di browser untuk masuk ke satu-satu blog bagi melihat ada ke tidak artikel baru di blog itu, tetapi dengan RSS anda tidak perlu melakukan cara ‘manual’ itu lagi.

RSS adalah teknologi dan untuk pengaplikasian teknologi ini, maka salah satu aplikasi yang diguna ramai adalah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu secara Web dan juga pasang (install) di komputer. Terserah kepada anda mahu menggunakan cara mana. Tapi di artikel ini saya akan tunjukkan anda menggunakan RSS Reader Google dan WebClip yang di emel Gmail anda (sambil baca emel, akan keluar tajuk artikel dari blog kegemaran anda di ruang atasnya).

Biar saya memberikan analogi agar anda faham mengapa perlu menggunakan RSS Reader. Katakan sebelum ini anda membeli 3 akhbar sekaligus dan anda membelinya secara sendiri, iaitu pergi ke kedai. Tapi, selepas itu anda telah menggunakan khidmat agen penghantar akhbar terus ke rumah anda. Maksudnya, maklumat yang anda perlukan terus sampai ke rumah tanpa perlu anda pergi mendapatkannya sendiri.

Begitu juga dengan RSS Reader, ia akan memaparkan tajuk artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Anda tidak perlu pergi ke satu demi satu blog untuk melihat adakah blogger terbabit telah menulis artikel baru atau tidak. Cukup hanya tunggu RSS Reader memaparkan tajuk-tajuk terbaru terus dari blog kesukaan anda itu.

Di RSS Reader, bergantung kepada setting penulis di blog itu, anda mungkin akan dipaparkan separuh atau seluruh tulisan artikel tersebut. Jika separuh, maka anda perlu pergi juga ke blog tersebut untuk membaca ‘baki’ tulisan yang lain dan begitu juga jika anda ingin memberikan komen, maka anda perlu ke blog itu terus.

Tiada ulasan:

Ads

OneTravel.com Presidents Day  300x250