Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

12/28/2011

PERNIAGAAN INTERNET : Rumah impian


SETIAP YANG BERGELAR MANUSIA pastinya mempunyai IMPIAN masing-masing. Tidak dapat dinafikan lagi. Cuma, jika ada orang yang mengatakan ianya tiada apa-apa impian, maka orang ini something wrong. Mungkin ianya gila atau "tidak cukup sekeru" dalam kepala otaknya. IMPIAN menentukan hala tuju sesebuah kehidupan manusia. Umpama seorang pelajar sekolah, lazimnya akan ditanya apabila sudah dewasa hendak jadi apa? Lantas, dengan tersengeh-sengeh dia akan menjawab hendak jadi guru (kerana emaknya guru); atau jadi askar (kerana bapanya seorang tentera); nak jadi doktor, lawyer, engineer dan sebagainya laghi.. Ini adalah IMPIAN yang disemai sejak kecil lagi.



"PERCAYA 100% IMPIAN ADALAH DOA… SEDARI BAHAWA “9/10 KEKAYAAN ADALAH DARI PERNIAGAAN"

( hadis )

Pastinya semua orang impikan kereta ini

Ini kereta Honda CRV impian saya

Semua manusia mengimpikan kesenangan hidup. Kesenangan dari segi material atau disebut juga kemewahan bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata. Tiada jalan yang mudah untuk mengecap kemewahan melainkan berusaha bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu.


Cara untuk mengecap kemewahan juga berbeza bagi setiap individu. Walau bagaimanapun, ramai bersetuju perniagaan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kalau kena dengan caranya.

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh sumber ekonomi dijanakan daripada perniagaan.



Sebenarnya, melalui perniagaan di internet tidak memustahilkan seseorang itu untuk menjadi jutawan. Malah Dr.Irfan Khairi yang merupakan seorang Jutawan Internet pernah berkata:



“Bagi mereka yang berminat untuk membina perniagaan internet, terdapat 4 elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu pertama, mesti ada produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Kedua, mempunyai laman web sendiri. Ketiga, menyediakan kemudahan proses pembayaran (merchant account) kerana pelanggan biasanya akan membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan keempat adalah mempromosikan laman web kita. Daripada 4 elemen yang saya sebutkan tadi, elemen yang paling penting adalah untuk menentukan perniagaan internet kita berjaya dipromosikan “dengan ikhlas Irfan menggariskan panduan untuk berjaya dalam menjalankan perniagaan internet.


MARI MEMULAKAN PERNIAGAAN!

Menjana pendapatan tetap hanya dengan bergantung kepada pemasaran affiliate adalah tidak mustahil.

Para affiliate tidak perlu bersusah payah menguruskan tempahan, penghantaran produk, membuat semakan transaksi kerana semuanya itu akan diuruskan oleh pemilik program affiliate tersebut samada individu ataupun syarikat. Anda juga boleh membuat pemasaran affiliate ini dengan sendiri tanpa perlu menggunakan bantuan luar.

Memang menjana pendapatan online bukan mudah, tetapi pemasaran affiliate memudahkan proses tersebut. Anda boleh membuat promosi sendiri dengan mengiklankan produk-produk anda melalui blog, email, atau website. Kaedah-kaedah ini akan mempercepatkan penjanaan pendapatan anda jika peluang sebegini digunakan sebaiknya.

Dengan pemasaran affiliate, anda adalah bos diri anda sendiri. Anda juga tidak perlu mempunyai banyak kebolehan. Apa yang perlu ada adalah komputer, talian internet dan masa yang mencukupi. Anda boleh bekerja mengikut masa atau jadual yang ditetapkan mengikut kesesuaian anda sendiri.

Affiliate adalah pendapatan sampingan saya. Untuk affiliate, saya hanya luangkan beberapa jam untuk meneliti program affiliate yang saya berminat, kalau saya berpuas hati,saya akan buat promosi. Itu sahaja.

Terdapat banyak syarikat atau individu yang memerlukan bantuan anda mempromosikan produk-produk mereka. Jadi, anda boleh memilih produk atau perkhidmatan mana yang anda ingin promosikan.

Memang satu kenyataan bahawa mempromosikan produk atau perkhidmatan mengambil masa yang lama. Namun, usaha anda akan menunjukkan hasil jika pelanggan mula menunjuk minat terhadap produk anda dan menekan banner serta iklan-iklan yang anda sediakan. Gunakan teknologi internet dengan sebaiknya seperti promosi di blog, laman web, atau di mana-mana sahaja di internet.

Tidak dinafikan kerja-kerja promosi ini adalah suatu yang mudah dan menyeronokkan sambil menjana pendapatan tetap di rumah. Yosh!

Program affiliate mampu memberi pendapatan 4 angka kepada mereka yang tidak berputus asa. Adakah anda juga mahukan pendapatan 4 angka melalui program affiliate? Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
Super Affiliate

Salam Kejayaan, Cikgudee

P.s: Strategik Affiliate 4K ini memberi pendapatan 4K kepada saya. Dengan menggunakan Strategik 4K, saya mampu mempromosi produk affiliate dalam masa singkat dan menjana komisen lumayan dengannya. Tak percaya? Lihat di laman web Affiliate 4K di sini Super Affiliate

Kalau ingin mencuba boleh klik pada banner di bawah:

12/02/2011

MENGENAL BLOG

RASA-rasanya sudah hampir setahun saya tidak langsung menulis di blog.Hari ini baru terfikir betapa saya AMAT KERUGIAN kerana tidak meng"update" blog-blog saya yang kini sudah begitu ramai pengunjung...follower. Jadi, hari ini tergerak di hati untuk kembali menulis blog.. Saya lihat blog saya, CikgudeeCorner.com terbiar dengan "template" yang membosankan dan "horrible". Eloklah diubahkan sedikit agar pengunjung-pengunjung rasa teruja
Apabila hati dan perasaan berdetik untuk menulis blog semula, banyaklah perkara yang perlu dipertimbangkan, terutamanya MASA.... Seterusnya, perlu juga ada IDEA-IDEA yang menarik, iaitu "template" yang mempersembahkan blog kepada mata pengunjung-pengunjung... GAMBAR-GAMBAR juga perlu di"upload" yang comel-comel dan menyedapkan mata memandang.

3/11/2010

BAGAIMANA MENJANA WANG DENGAN BLOG?

Saya berfikir sedalam-dalam dan amat kagum dengan kepelbagaian (multiple) peluang yang disediakan kepada "blogger" untuk menjana wang dari aktiviti "blogging" seperti yang dinyatakan:

1. Program pengiklanan (advertisement).
Barangkali perubahan yang banyak berlaku pada beberapa bulan kebelakangan ini berkaitan dengan pengiklanan yang boleh menjana wang di kalangan pengendali blog (blogger)

Secara umumnya, para "bloggers" biasanya menjana wang melalui contextual ad program daripada Google AdSense. Terdapat juga yang menggunakan Chitika's eMiniMalls;WidgetBucks dan Text Link Ads

Terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai seperti:
Azoogleads, Vibrantmedia, Adbrite, Bidvertiser, Valueclickmedia dan pelbagai lagi yang terdapat di internet. Yang paling penting ialah sentiasa mencari dan mencuba.

2. RSS Advertising.

RSS Feed


Saya mohon memetik sedikit pengertian RSS Advertising dari blog Amzanimokhtar.com tentang perkara ini seperti di bawah:

Kali ini saya ingin berkongsi informasi mengenai kemudahan RSS Feed sebagai salah satu alternatif lain untuk mengiklankan perniagaan atau perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh diiklankan di internet dan ia juga dapat mengelak dari dicemari oleh spam-spam durjana.

Saya ingin mengambil contoh dari syarikat Autodesk Inc. yang menggunakan
SimpleFeed untuk mengiklankan produk mereka. Autodesk Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar software dan servis terbesar dan terkenal untuk design, manufacturing dan pembinaan yang diasaskan oleh John Walker, seorang rakyat Amerika.

Dalam usaha mereka untuk menjayakan strategi ini, mereka telah menggunakan pendekatan RSS Feed dan ia telah terbukti berkesan. Mereka berjaya menarik sebanyak 2% pengguna dengan tawaran perkhidmatan melalui RSS sementara hanya 1.2% sahaja dari tawaran perkhidmatan melalui E-Mail.
Kemudian Autodesk Inc. telah membuat pula tawaran aplikasi percuma untuk software mereka dengan hanya melalui pendaftaran di laman web mereka. Pendekatan melalui RSS telah mendapatkan respon sehingga 12% sementara E-Mail dan pengiklanan di website utama Autodesk mendapatkan kurang dari 1%.
Mari saya terangkan bagaimana keadaan begini boleh berlaku.
Melalui RSS pengguna memilih sendiri RSS mana yang mereka ingin ikuti. Ini yang membuatkan RSS bebas dan bersih dari spam. Perkara ini juga dijamin selamat kerana bukan sebarangan syarikat yang boleh memasukkan iklan mereka ke dalam sebuah RSS tanpa pengetahuan pemilik RSS tersebut. Tentu sebuah syarikat yang membuat RSS khusus untuk produk mereka tidak mungkin mencemari nama baik mereka sendiri dengan menaruh spam dalam RSS mereka.
RSS Feed juga memberikan bantuan bagi apa sahaja jenis perniagaan termasuk yang tidak berhubungan dengan dunia IT untuk membuat RSS. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan RSS atau nak tahu apa sebenarnya RSS ini boleh lah klik di link berikut.
Apa itu RSS?


Disini saya sertakan petikan:
RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Apapun panggilannya, itu tidak penting. Yang lebih utama untuk diketahui adalah, apakah kegunaannya? Bagaimana menggunakannya? Tidak perlu saya memberikan penerangan secara teknikal di sini kerana walaupun saya seorang student sains komputer, saya juga kadang-kadang tidak mahu terlalu teknikal. Cukup dahulu tahu apa kegunaannya.

RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). Ok, cukup di sini sebelum saya terlajak menyentuh teknologi apa yang dia guna. ;)

RSS memang best jika anda menggunakannya. Salah satunya adalah, ia amat berguna bagi anda jika anda banyak buah blog yang perlu anda lawati setiap hari. Katakan anda ada 20 buah blog yang selalu dibaca, maka mungkin sebelum ini anda perlu menaip di browser untuk masuk ke satu-satu blog bagi melihat ada ke tidak artikel baru di blog itu, tetapi dengan RSS anda tidak perlu melakukan cara ‘manual’ itu lagi.

RSS adalah teknologi dan untuk pengaplikasian teknologi ini, maka salah satu aplikasi yang diguna ramai adalah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu secara Web dan juga pasang (install) di komputer. Terserah kepada anda mahu menggunakan cara mana. Tapi di artikel ini saya akan tunjukkan anda menggunakan RSS Reader Google dan WebClip yang di emel Gmail anda (sambil baca emel, akan keluar tajuk artikel dari blog kegemaran anda di ruang atasnya).

Biar saya memberikan analogi agar anda faham mengapa perlu menggunakan RSS Reader. Katakan sebelum ini anda membeli 3 akhbar sekaligus dan anda membelinya secara sendiri, iaitu pergi ke kedai. Tapi, selepas itu anda telah menggunakan khidmat agen penghantar akhbar terus ke rumah anda. Maksudnya, maklumat yang anda perlukan terus sampai ke rumah tanpa perlu anda pergi mendapatkannya sendiri.

Begitu juga dengan RSS Reader, ia akan memaparkan tajuk artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Anda tidak perlu pergi ke satu demi satu blog untuk melihat adakah blogger terbabit telah menulis artikel baru atau tidak. Cukup hanya tunggu RSS Reader memaparkan tajuk-tajuk terbaru terus dari blog kesukaan anda itu.

Di RSS Reader, bergantung kepada setting penulis di blog itu, anda mungkin akan dipaparkan separuh atau seluruh tulisan artikel tersebut. Jika separuh, maka anda perlu pergi juga ke blog tersebut untuk membaca ‘baki’ tulisan yang lain dan begitu juga jika anda ingin memberikan komen, maka anda perlu ke blog itu terus.

1/18/2010

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS adalah mendapatkan maklumat dengan mudah; mampu diakses di mana-mana sahaja. Satu kaedah yang digunakan untuk memberi CAPAIAN PANTAS, ialah melalui kaedah suapan atau RSS/ FEED.


RSS/ FEED ini bermaksud "mengambil cebisan catatan di dalam blog yang dipilih dan akan disuap ke dalam RSS untuk disebarkan kepada pembaca.."

Kaedah ini cukup berkesan dan praktikal untuk menyebarkan catatan blog dengan meluas kepada pembaca.

DIFINISI RSS/ FEED:

Cara RSS Feed
Anda lebih faham,baca di sini

1/15/2010

PEMASARAN BLOG

Dalam mempromosi blog, terdapat beberapa kaedah atau cara teknikal yang dapat mempertingkatkan kehadiran pengunjung ke blog anda. Kaedah atau cara-cara ini sebenarnya telah dilakukan oleh para-para blogger terdahulu. Ianya memang terbukti memberikan kesan atau impak yang membanggakan.

1. Media konvensional.

Anda menghantar iklan ke dalam surat khabar, majalah, buletin dan sebagainya. Langkah ini, sama ada melibatkan catatan sebahagian kandungan blog ke ruang sisipan di dalam surat khabar atau secara keseluruhan di dalam sesebuah majalah. Masukkan alamat atau URL blog anda untuk memudahkan pembaca menacri artikel penuh di dalam blog anda.

2. Pengiklanan Internet.

Pengiklanan secara online boleh dilakukan samada secara percuma atau berbayar. Langkah ini boleh dilaksanakan dengan berkongsi pautan blog dengan rakan. Penggunaan banting (banner) adalah amat berkesan untuk promosi blog anda. Pengiklanan berbayar dirasakan lebih mampu untuk menarik trafik yang tinggi.



3. Tanda tangan (Signature).

Kaedah ini digunakan oleh forumer atau penggiat forum di internet. Dalam perbicangan forum akan dimasukkan iklan blognya. "Signature" akan diletakkan dibahagian bawah "post". "Signature" lazimnya memuatkan alamat (URL) blog, e-mail dan nombor telefon untuk dihubungi oleh pembaca.

Kaedah Membina Backlink

4. Enjin Carian (Search Engine)

Saya telah terangkan enjin carian dalam blog saya yang terdahulu. SEO atau Search Engine Optimizing adalah berperanan mencari kata-kunci atau "keywords" bagi sesebuah blog. Kata-kunci yang bertepatan dengan kandungan blog akan memudahkan pencarian. Enjin carian seperti Google dan Yahoo mampu mengenali dan mengindeks kata-kunci dalam blog dengan cepat.Catatan blog mestilah berkualiti dan mempunyai banyak kata kunci untuk dikesan oleh enjin carian. Penggunaan meta tag sesebuah template blog juga membolehkan hasil carian tepat. Pencarian oleh enjin carian agak mempertingkatkan page rank sesebuah blog.

5. Komuniti

Anda boleh memasuki komuniti dalam forum-forum perbinacangan seperti Yahoo, Google sites, ICQ Forum, Facebook, twitter dan sebagainya. Anda boleh meletakkan URL blog pada status program messenger tersebut.

6. Mailing List

Kebanyakan pengguna internet mempunyai akaun e-mail. Kaedah mailing list berkesan pada sekitar 70%. Kelemahannya ialah ada e-mail yang jadi spum atau junk mail ( masuk tong sampah) dan akan diabaikan.Sebaiknya, senarai email hendaklah dibuat secara terpilih di kalangan kawan sahaja.

mailing listamat penting dalam aktiviti pemasaran internet dan promosi secara online.

7. Backlink (pautan balik

Backlink berkait rapat dengan SEO (Search Engine Optimising) yang mana merupakan pautan sesuatu topik di dalam blog yang boleh didapati pada blog orang lain. Fungsi backlink adalah untuk meningkatkan ranking (tahap pencapaian) dan mendapatkan posisi terbaik sesebuah enjin carian (search engine).
Semakin banyak "backlink" semakin banyak "ranking" pada posisi blog.

Boleh baca di sini BUAT BLOG

3/24/2009

MENGAPA PERLU MULAKAN BLOG?

Blog adalah sesuatu yang mutlak dan menjadi keperluan yang tidak boleh tidak kepada pemilik syarikat perniagaan (business) yang dapat membantu mewujudkan jalinan perhubungan (network) antara pengeluar dengan pengguna (pembeli) yang dahulunya tidak pernah berlaku serta dapat mengukuhkan kepakaran bagi mendapat kepakaran yang diyakini oleh pelanggan. Keadaan ini akhirnya akan memngizinkan penghasilan yang bermutu tinggi lalu menambahkan bilangan pelanggan serta mewujudkan perkongsian atau pengakuan (testimoni) dan memperolehi ganjaran wang yang amat lumayan.

Memiliki sebuah blog atau lebih akan mengizinkan anda untuk memanjangkan "perbualan dengan pelanggan dimana mereka akan secara personal akan membuat tawaran yang dikemukakan berkenaan barangan.

Anda juga boleh membina ruang untuk mengundi atau mencipta ganjaran bagi menjumlahkan keberkesanan serta mendapat gambaran sebenar berkenaan dengan kesukaan pelanggan dan boleh dilakukan penambahbaikam. Ini adalah sejenis kaedah yang cenderong ke arah mewujudkan komunikasi antara pengguna yang digambarkan melalui keyakinan dan kesetiaan mereka terhadap sesuatu barangan yang secara tidak langsung akan mempertingkatkan jualan secara "online".

Blog memberikan lebih ketelusan (transparency), kejujuran dan perasaan bertanggungjawab (accountability)pemasaran yang digemari oleh pelanggan. Dalam konteks yang mudah difahami ialah barangan atau perkhidmatan yang baik dan sesuai dengan harga akan digemari oleh pelanggan.Ini juga adalah suatu cara mempertingkatkan "ranking" dalam jaringan perhubungan (networking) antara pengunjung laman web.Oleh yang demikian, blog kepada pengusaha perniagaan kecil akan memberikan lebih banyak jalinan atau komunikasi dengan ramai pelanggan; banyak dapatan (tindakbalas) daripada pasaran serta menambah bilangan pelanggan yang juga turut menambah bilangan pengunjung laman blog.
Penulis blogatau "blogger" tidak semestinya merupakan seorang penulis yang hebat menghasilkan blog yang bertaraf dunia serta mampu menarik ribuan atau jutaan pelawaty. Anda perlu menulis secara profesional dengan bahan yang menarik dan "up to date".
Penghasilan blog yang baik adalah berasaskan "blog template" yang amat berfungsi dengan maklumat-maklumat produk, mengandungi gambar dan "links" yang berkaitan.

2/23/2009

MEMBINA BLOG POPULAR

5 LANGKAH UNTUK POPULARKAN BLOG

"Blogging" adalah suatu cara yang fantastik untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Apa yang perlu dilakukan ialah adanya sebuah komputer atau "lap-top" dan rangkaian sambungan internet di rumah atau di pejabat.


Disini ada LIMA perkara menjadikan blog anda hebat:


1. Anda adalah ketua (boss) - Jangan fikirkan apa orang lain hendak kata tentang blog anda. Teruskan menulis tentang apa yang anda rasai; apa yang terdapat di dalam hati anda; apa pengalaman hidup anda. Peminat anda akan mencari anda!
2. Apa yang anda akan tulis? - Apakah idea yang anda sedang fikirkan atau dimanakah anda ingin dapatkan idea untuk menulis dalam blog? Sebenarnya,terdapat banyak cara untuk mendapatkan idea. Anda perlu menjalankan sedikit penyelidikan (research) melalui pembacaan atau pemerhatian.



Disini ada beberapa perkara yang anda boleh tulis:
i. Pergi ke YouTube dan carikan video anda suka dan tulis mengenaiya.
ii. Berita-berita utama dan acara-acara yang dijalankan di tempat, negeri, negara atau dunia.
iii. Carikan forum komuniti dan tulis apa yang sedang dibincangkan.
3. Masa untuk menguruskan blog- Anda perlu sentiasa berfikir dan komited untuk membangunakan blog anda. Susun sekumpulan bahan untuk blog anda secara "advance". Dalam erti kata yang lain, anda perlu ada 10 atau lebih "post" yang akan disusun dengan tajuk-tajuk yang menarik dan terkini untuk menarik peminat-peminat anda melayari blog anda.Dengan ini, anda boleh "post" setiap minggu.
4. Tunjukkan "wang" pada blog anda -Anda perlu menjadikan blog anda dipenuhi dengan maklumat-maklumat yang terkini. Penulisan yang penuh dengan isu-isu sensasi akan berjaya menarik ramai pengunjung blog anda. Anda boleh menawarkan program-program affiliate daripada Amazon, AdSense, LinkShare, ClickBank dan sebagainya.Program-program affiliate seperti ini akan mewujudkan "traffic" ke arah blog anda dan anda akan menjana wang. Tetapi, anda perlu bersabar dan konsisten dalam menghasilkan blog. Wang bukan matlamat utama anda "berblog".
5. Masa adalah sahabat baik anda -Kebanyakan "blogger" yang popular telah berjaya membuat perubahan yang menarik tentang blognya dan berjaya mengekalkan blog sepanjang masa. Oleh itu, tidak mengejutkan jika ada penulis blog yang mendapat jumlah wang yang banyak walaupun bermula dengan blog yang "crappy" (senget-senget).LEBIH LAMA BLOG ANDA DIBANGUNKAN, MAKA LEBIH TINGGI NILAINYA
Marino 2 weeks free
LinkShare Referral Prg
Bacaan lanjutKLIK HERE
FragranceNet.com
Bacaan lanjut:KLIK HERE

2/05/2009

MENULIS BLOG

Apakah sebenarnya BLOG?

Ini adalah petikan daripada RahsiaBlog.com:
Sebagaimana yang diketahui umum untuk bukan senang untuk menjadikan blog anda popular dengan mudah tanpa membuat promosi yang berterusan selain dengan design dan content yang menarik.





Sebelum anda melakukan promosi blog anda, anda perlu ingat dan buat beberapa perkara sebelum datang beberapa perkara yang lain.

Sebelum setup blog anda, anda perlu tahu terlebih dahulu apa topik dan konsep blog anda. Sebagai contoh untuk topik anda memilih Politik dan konsep mengutuk. Bermaksud anda bercakap mengenai politik didalam blog anda dan setiap artikel anda mesti ada kutukan dalam artikel tersebut. Itu yang saya maksudkan dengan konsep.


Setelah konsep dan topik serta blog telah disetup, cari theme yang menarik yang bersesuaian dengan topik blog anda. Untuk mendapatkan yang menarik kebiasaannya anda perlu untuk mendapatkan theme yang berbayar. Untuk mendapatkan yang percuma ini memang sukar sedikit walaupon saya rasa banyak di internet. Anda boleh google untuk itu dan bertanya kepada rakan-rakan blogger anda.


LOVEMAKER
Kemudian masukkan plugin-plugin yang asas yang penting.

Topik dah ada,konsep dan ada,theme dan plugin dah ada….Apa tunggu lagi buat beberapa artikel yang menarik dahulu. Jangan promosikan blog anda dahulu sebelum membuat apa-apa artikel.


Pada artikel selepas ini, saya akan berkongsi beberapa teknik untuk promosi blog anda terutamanya blog dalam Bahasa Melayu.
Marino 2 weeks free

LinkShare Referral Prg

Ads

OneTravel.com Presidents Day  300x250